jgn kita membenci kepada sesorang kerna kita akan hidup dlm kebencian... bg senyuman kepada orang y membenci kita...kerana tu la ubat bg segalanya. :)
Saturday, October 22, 2011
ade benda kita dapat ubah ade benda kita xdapat ubah..
Saturday, September 17, 2011
PENGEMIS CINTA DI JALAN MANIS
selepas sebulan aku berusaha utk bangun dalam hidop aku selepas jatuh nga teruk sekali..
akhir aku da jumpa siapa dari aku sebenarnya..
aku akan berubah untuk kebaekan diri aku sendiri.
huhu..I AM = skunk aku ase diri aku laen2 sgt2..
aku ase hepi sgt2...
dulu aku masa aku kecewa nga diri aku aku pernah tulis cerita pasal badut oh badut..
ade seseorang 2 telah hargai karya aku n wat aku jatuh cinta kat dia..tp jodoh kami x panjang..
kali ni aku ingin tulis satu lirik lagu..harap2 ade la owg yg menghargainya mcm karya badut oh badut aku dlu...
aku ingin bukti kan yg aku benar2 berubah n ingin mencintai n mnghargai seorang2 lebih dari dulu..aku belajar dari pengalaman n aku xakan sakit hati orang yg aku sayang 2..
I AM a new guy n learn 4 my mistake..
pengemis cinta di jalan manis
yang menanti
c/o aku sekadar pengemis cinta
yang akan pasti disini
tak kala sampai waktu tu
lagu:MysteryIAM
lirik:MysteryIAM
lagu dia aku ade maen tapi kalo nk dengor datang la rumah aku...hahaha
sebab aku xley nk record..-peace-
ada 3 kata yg ley wat seorang2 tu berubah hati
sekali kita lafaz nga ikhlas & btol2 dari hati kita pasti orang tu akan jatuh hati kat kita
3 kata tu..
I LOVE YOU
WO AI NI
AISHITERU
AKU CINTA PADAMU
tapi kalo boleh jgn sekali kita bagi 3 kata ni kat orang yg kita sayang
bagilah tiap2 masa pown xpe sebab dia teramat terindah itu 3 kata pendek tp bermakna kan..
aku teringin sangat nak luahkan 3 kata ni kat siapa2 orang yg ley terima aku seadanya
Thursday, September 1, 2011
Dialah warisan wanita terakhir
Pengalaman Raya yg Penuh nga Kesakitan
Thursday, May 26, 2011
~puas siti sayangku?
puas siti sayangku?
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Puaskah Siti sayangku..?"
"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
Friday, May 20, 2011
~aku menyesal sgt~
Thursday, May 19, 2011
~semakin lama semakin aku tahu aku dah xley milikinya lagi~
Wednesday, May 18, 2011
~Cerita Gadis penjual ice-cream~
Pada satu ari ade sowg gadis tengah menjual ice-cream..
tiap2 ari dia kan menjual ice-cream..
pada satu ari ade sowg lelaki dtg kt tmpt dia..
lelaki tu ingin membeli ice-cream..
kali pertama si lelaki tu tengok si gadis tersebut dia mula tertarik kepada si gadis tu
dan bermula hari tu lah si lelaki tersebut selalu pergi kedai si gadis tersebut..
Boleh katakan tiap ari dia akan pergi kedai tu untuk melihat si gadis tersebut..
Lama-lama si lelaki tu mula berkenalan dgn si gadis tersebut..
lalu si gadis tu bertanya kepadanya apakah pekerjaan awak??
Si lelaki tu menjawab kerja saya menghiburkan orang yang sedih dan menghiburkan orang..
Si gadis pown bertanya lagi ade ke pekerjaan begitu??
Si lelaki tu menjawab ada..sebagai badut
Si gadis tu pown bertanya lagi..tapi knpe sekarang muka awak nampak sedih je..
Si lelaki tu menjawab..sebagai kehidupan saya terlalu sedih awak..
tiap hari saya pakai mekap dan lukiskan senyuman pada wajah saya..
sedangkan pada kehidupan saya penuh dgn kesedihan tidak orang yg tahu..
saya mampu menghiburkan orang tetap saya tidak pernah jumpa orang hiburkan saya..
selepas mendengar cerita dari lelaki tersebut gadis terus menitis air matanya lalu menangis ..
lalu lelaki tu terus berasa takot kerana lom pernah ada sorang gadis menangis dalam khidupan..
lelaki tu terus memujuk dan memujuk..
dan bermula kisah percintaan mereka..
tiap ari mereka berbual dan bercerita..
pada satu hari gadis tu tidak dapat menjual ice-cream..
dan mereka pon kurang berjumpa..
hanya berhubung dengan surat menyurat saje..
tiap helaian surat disertakan dengan perasaan masing2..
tidak lama kemudian lelaki tu telah mengajak gadis tersebut menjadi pasangannya..
lalu gadis tu menerimanya..
dalam masa 1 tahun perhubungan semuanya indah..
bila hanya masuk thn kedua…hubungan mereka menjadi makin teruk…
lalu si lelaki tu meninggal si penjual ice-cream tu..
keadaan kesedihan yg di tanggung oleh si penjual ice-cream tu amat sedih sgt..
si lelaki tu telah mengambil semua kegembiraan si gadis tersebut..
tidak lama kemudian kehidupan si lelaki mulai rasakan kehilangan seseorang yg dia sayang..
dan si lelaki mula memujuk si gadis untuk kembali kepadanya namun semuanya gagal..
ni kerana perasaan si gadis terhadap si lelaki tersebut telah hilang bagaikan ice-cream yg sedang cecair..ni kerana si lelaki terlalu banyak melukakan hati si gadis tersebut..
di mana janji dan segala2 yg di katakan oleh lelaki tersebut telah terkubur bersama perasaan yg terluka bagi si gadis..
dan si gadis pernah berkata dia ingin mendapat kan hoshi di langit..
dan si lelaki satu hari awk pasti akan mendapat hoshi tersebut..
lalu si gadis cakap itu mustahil..
emm..dan tidak lama tu baru la si lelaki tu sedar bahawa dia si hoshi yg di katakan
oleh si gadis..
perasaan ckup menyesal dan sayu mula terasa di dalam hati si lelaki..
tapi semua tu dah terlambat..tidak mungkin masa boleh berpatah balik ke belakang..
luka yg di tinggal oleh si lelaki tu kini menjadi parut y sangat dalam pada si gadis penjual ice-cream tidak dapat di ubati..
walaupun si lelaki berusaha untuk mengubati namun tidak mungkin dia akan Berjaya kerna hati si gadis telah tutup menerimanya kembali..
lalu si lelaki tu pergi..
sebelum dia pergi selama2nya di dunia ni..
dia pernah berkata..dia akan berusaha untuk berikan senyuman kepada orang di duna ni dan termasuk orang yg dia sayang..dengan ikhlas..
tidak lama kemudian si lelaki mula sakit akibat kemurungan dan terlalu merindui si gadis penjual ice-cream..
dan sebelum dia pergi buat selama-lamanya..
dia telah menulis satu cerita..
dan telah menulis satu lirik lagu..
KHAS UNTUK SI GADIS PENJUAL ICE-CREAM..
tidak lama kemudian si lelaki pergi meninggalkan semua orang di dunia ni disamping keluarga dia..
dan dia berpesan..
lindungi dan menyayangilah seorang wanita tu sebagai mana tulang rusuk melindungi hati seorang lelaki..
mereka sangat lembut dan mudah tersentuh & patah..jadi jagalah dia dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta..
Tuesday, May 17, 2011
~haha~
~tengok2 blog orang aku terbaca 1 post ni mmg menarik...Terbaek!!!~
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
Sunday, May 15, 2011
~TEKA TEKI ARRR~
stadium manakah yang terkecil?
Mengapakah pengadil memberikan kad merah kepada pemain yang melakukan kesalahan yang berat?
Siapakah yang selalu mengejar bola, tetapi tidak pernah dapat?
Siapakah penyerang terbaik di dunia?
- Brazil. Samba a.k.a Sambal... Hahaha...
- Stadium mini la...
- Kalau bagi kad kredit itu bukan main bola namanya.
- Pengadil perlawanan.
- Semua penyerang jahat. Contohnya penyerang berani mati dan sama waktu dengannya. Melainkan dia mempunyai niat yang baik... ;-)
~kata-kata untuk hari ini~
(Abu Hazim)
Saturday, May 14, 2011
*¨*•.¸¸❤ TERISTIMEWA BUAT YANG DIUJI PERITNYA CiNTA*¨*•.¸¸❤
╗
║║♫═╦╦╦╔╗
♫╚╣║║║║╔╣MENGAPA HARUS DINANTI SI DIA YG TELAH BERLALU PERGI??
╚═╩═╩♫╩═╝
...☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫
(¯`•.¸áƒ¦ Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai,itulah yang sukar diperolehi..
(¯`•.¸áƒ¦ Kadangkala,kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari..Seolah2 itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati..kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang.
(¯`•.¸áƒ¦ Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang2 boleh merosakkan jiwa kita..membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini..Mana perginya satu azam yang kuat dulu..mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup.
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita..Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.
(¯`•.¸áƒ¦ Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki..Namun,sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila2 pun takkan dapat melainkan dengan izinNya
(¯`•.¸áƒ¦ Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi.apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya..Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..
(¯`•.¸áƒ¦ Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar..Tapi,kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata.menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.
(¯`•.¸áƒ¦ Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita.membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang.
Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata..cinta itu bukan milik kita lagi.cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.sedangkan masa yg berlalu tidak akan menunggu kita..sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata,mambazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.
(¯`•.¸áƒ¦ Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA..krn hakikatnya JODOH itu bkn ditangan mnusia..Ats kasih syg Allah jua kita bertemu dgnnya dan ats limpahan kasihNya jua kita dipisahkan b'sama HIKMAH yg t'sembunyi.
☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫
Jodoh - Jangan Mencari Terlalu Sempurna
ika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....
random tags..sampaikan kebenaran walaupon ianya perit :)
Tuesday, May 3, 2011
~HARGAILAH SEORANG WANITA~
kerna wanita seorang yg sgt2 lembut n sensitif skali..
sekali dye terluka dye akan meninggalkan parut yg sgt mendalam..
emm..
kerna wanita ingin selalu dimengerti...
Friday, April 29, 2011
~KARMA~
apa yg kita buat xkira la baek ke buruk kita pasti akan dpt blasannya..
yang lemah akan di tindas dan yang kuat akan terus berkuasa...
hanya yg kuat mampu menghadapi semua ni..
kita buat mcm 2 kt orang 2 orang 2 akan blasan benda y sma bagi merasai kesakitan n keseksaannya..
Thursday, April 28, 2011
~Dilarang Couple Sebelum Nikah~
Di suatu malam depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best! Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe.. Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe.. Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..
Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu.. Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu
Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.
Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~ Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...
Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..
Nobita : ......
[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]
kepada pasangan bercinta ambik kan sbgai panduan dlm bercinta..bercinta tanpa agama akan mengundang pelbagai msalah..
Wednesday, April 27, 2011
~hari-hari terakhir berkerja~Terbaek!!!
tgl 1 ari lg aku berkeje...
aku harap aku akan bt yg terbaek utk ari ni dan sok..
hehe..terbaek!!!
Tuesday, April 26, 2011
~manusia biasa~
:-)
masih ku ingat selalu
saat kau berjanji padaku
takkan pernah ada cinta yang lainnya
terasa begitu indah
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
tapi semua berbeda
saat kau kenali dirinya
sadarkah dirimu diriku terluka
saat kau sebut namanya
reff:
aku memang manusia biasa
yang tak sempurna dan kadang salah
namun di hatiku hanya satu
cinta untukmu luar biasa
andaikan saja kau tahu
aku takkan mudah berubah
aku kan bertahan selalu bertahan
sampai waktu memanggilku
repeat reff
kemanakah dirimu yang dulu cinta aku
dimanakah dirimu yang selalu merindukanku
repeat reff [2x]
namun di hatiku hanya satu
cinta untukmu luar biasa
cinta untukmu luar biasa
Monday, April 25, 2011
AL FATIHAH
~adakah pencuri die akan terus mencuri~
emm...smua orang pasti akan sukar utk memaafkan dia..
da ade dlm otak stiap manusia orang 2 jahat akan jahat la dia slamanya..
mebi rakyat malaysia da diajar utk jd sempurna kot..
sma2 la kita pkirkannya k..
Saturday, April 23, 2011
~keseronokan berkerja dr fadzilah kamsah~
xthu knpe...
aku pown duk mikir n cri jalan utk cuba selesaikannya..
Petua dari Dato' Haji Fadzilah Kamsah
1.relax,jgn terlalu serius...
2.jadikan kerja sebagai permainan tp bkn wt keje maen2 k..hehe
3.ketawa lah,ianya adalah pengikat kemesraan bersama..
4.bantulah orang lain,kita pasti seronok
5.apabila kita seronok,kita menyeronokkan orang lain jgk...
6.berdoa agar mendapat keseronokan dlm berkeje...
7.jgn ikot mood...(mcm aku je keje ikot mood :-P...)
"setiap orang akan mencapai kejayaan dalam hal apa saja,asalkan ia sgt menyukai pekerjaan y dilakukan.."
berkerja dgn ikhlas bkn kerna duit/gaji semata2..
kita duk kita renung kita try kita tahu mcm mane hasil die...
~kisah seorang wanita yg pandai berlakon~
kali pertama kita tengok dia mcm baek je..
tp kalo kita xthu dan xpndai menilai owg dari luaran mst kita kan tertipu olehnya....
indah pada luarannya sahaja tp bila kita sudah mula memahami gerak dan tingkat lakunya kita thu sape kah dye...
seorang wanita yg pandai memengang pelbagai watak dlm dunia ni...
mebi dia ingat cari sesuatu y sempurna dalam kehidupannya..
ingat la bahawa utk menjadi sempurna mustahil tp xmustahil utk jd y terbaek..
~just for u ~

We arrived on the same road, we’re just the same, how surprising, how grateful, it’s love
A good person like you, a good person like you, with a good heart like you, a gift as great as you
How lucky that I’m the person who will try his hard to protect you, where else to look for?
A happy guy like me, a happy guy like me, the guy with the happiest smile like me
