Thursday, May 26, 2011

~puas siti sayangku?

puas siti sayangku?

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.


3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Puaskah Siti sayangku..?"

"Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Friday, May 20, 2011

~aku menyesal sgt~

aku mmg trok xpernah nk hargai orang yg aku syang..
bodo la aku ni..
aku menyesal sgt2 dan benda ni akan berulang lg..
bye semua~

Thursday, May 19, 2011

~semakin lama semakin aku tahu aku dah xley milikinya lagi~

adakah dia tidak perlukan aku?
adakah dia dah tidak sayang aku?
adakah aku tidak akan dapat bersama dengan dia lagi?
adakah dia dah membenci aku?


walau apa yg terjadi..
aku akan menunggunya sampai bila2..
aku xnk kehilangannya...
rite now, I don't have feeling for other women...

~cilaka punye gay~

Cilaka punye gay..
owg xmoh duk paksa2 lak...
mcm bagus lak..
huhu...

Wednesday, May 18, 2011

~Cerita Gadis penjual ice-cream~

Pada satu ari ade sowg gadis tengah menjual ice-cream..

tiap2 ari dia kan menjual ice-cream..

pada satu ari ade sowg lelaki dtg kt tmpt dia..

lelaki tu ingin membeli ice-cream..

kali pertama si lelaki tu tengok si gadis tersebut dia mula tertarik kepada si gadis tu

dan bermula hari tu lah si lelaki tersebut selalu pergi kedai si gadis tersebut..

Boleh katakan tiap ari dia akan pergi kedai tu untuk melihat si gadis tersebut..

Lama-lama si lelaki tu mula berkenalan dgn si gadis tersebut..

lalu si gadis tu bertanya kepadanya apakah pekerjaan awak??

Si lelaki tu menjawab kerja saya menghiburkan orang yang sedih dan menghiburkan orang..

Si gadis pown bertanya lagi ade ke pekerjaan begitu??

Si lelaki tu menjawab ada..sebagai badut

Si gadis tu pown bertanya lagi..tapi knpe sekarang muka awak nampak sedih je..

Si lelaki tu menjawab..sebagai kehidupan saya terlalu sedih awak..

tiap hari saya pakai mekap dan lukiskan senyuman pada wajah saya..

sedangkan pada kehidupan saya penuh dgn kesedihan tidak orang yg tahu..

saya mampu menghiburkan orang tetap saya tidak pernah jumpa orang hiburkan saya..

selepas mendengar cerita dari lelaki tersebut gadis terus menitis air matanya lalu menangis ..

lalu lelaki tu terus berasa takot kerana lom pernah ada sorang gadis menangis dalam khidupan..

lelaki tu terus memujuk dan memujuk..

dan bermula kisah percintaan mereka..

tiap ari mereka berbual dan bercerita..

pada satu hari gadis tu tidak dapat menjual ice-cream..

dan mereka pon kurang berjumpa..

hanya berhubung dengan surat menyurat saje..

tiap helaian surat disertakan dengan perasaan masing2..

tidak lama kemudian lelaki tu telah mengajak gadis tersebut menjadi pasangannya..

lalu gadis tu menerimanya..

dalam masa 1 tahun perhubungan semuanya indah..

bila hanya masuk thn kedua…hubungan mereka menjadi makin teruk…

lalu si lelaki tu meninggal si penjual ice-cream tu..

keadaan kesedihan yg di tanggung oleh si penjual ice-cream tu amat sedih sgt..

si lelaki tu telah mengambil semua kegembiraan si gadis tersebut..

tidak lama kemudian kehidupan si lelaki mulai rasakan kehilangan seseorang yg dia sayang..

dan si lelaki mula memujuk si gadis untuk kembali kepadanya namun semuanya gagal..

ni kerana perasaan si gadis terhadap si lelaki tersebut telah hilang bagaikan ice-cream yg sedang cecair..ni kerana si lelaki terlalu banyak melukakan hati si gadis tersebut..

di mana janji dan segala2 yg di katakan oleh lelaki tersebut telah terkubur bersama perasaan yg terluka bagi si gadis..

dan si gadis pernah berkata dia ingin mendapat kan hoshi di langit..

dan si lelaki satu hari awk pasti akan mendapat hoshi tersebut..

lalu si gadis cakap itu mustahil..

emm..dan tidak lama tu baru la si lelaki tu sedar bahawa dia si hoshi yg di katakan

oleh si gadis..

perasaan ckup menyesal dan sayu mula terasa di dalam hati si lelaki..

tapi semua tu dah terlambat..tidak mungkin masa boleh berpatah balik ke belakang..

luka yg di tinggal oleh si lelaki tu kini menjadi parut y sangat dalam pada si gadis penjual ice-cream tidak dapat di ubati..

walaupun si lelaki berusaha untuk mengubati namun tidak mungkin dia akan Berjaya kerna hati si gadis telah tutup menerimanya kembali..

lalu si lelaki tu pergi..

sebelum dia pergi selama2nya di dunia ni..

dia pernah berkata..dia akan berusaha untuk berikan senyuman kepada orang di duna ni dan termasuk orang yg dia sayang..dengan ikhlas..

tidak lama kemudian si lelaki mula sakit akibat kemurungan dan terlalu merindui si gadis penjual ice-cream..

dan sebelum dia pergi buat selama-lamanya..

dia telah menulis satu cerita..

dan telah menulis satu lirik lagu..

KHAS UNTUK SI GADIS PENJUAL ICE-CREAM..

tidak lama kemudian si lelaki pergi meninggalkan semua orang di dunia ni disamping keluarga dia..

dan dia berpesan..

lindungi dan menyayangilah seorang wanita tu sebagai mana tulang rusuk melindungi hati seorang lelaki..

mereka sangat lembut dan mudah tersentuh & patah..jadi jagalah dia dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta..

Pergilah seorang Si lelaki yg mulai menyesal apa yg dia lakukan kepada seorang gadis yg dia sayangi selama ni..

~thanks you~

yes thanks you 4 everthing..
yes i know i'm very stupid..


~yes i know i stupid k~

Tuesday, May 17, 2011

~hoHoho...aku ade 1 cite y best ni~

oppss..sowie aku xley post..

~haha~

Luahan Cinta Ibarat Kentut.... ditahan sakit. dilepas malu. dah keluar..fuhhh! Lega!!! inilah susah nyer jika seseorang itu hendak luahkan perasaan cinta dia

~tengok2 blog orang aku terbaca 1 post ni mmg menarik...Terbaek!!!~

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Sunday, May 15, 2011

~TEKA TEKI ARRR~

Pasukan bola manakah yang sukakan pedas?
stadium manakah yang terkecil?
Mengapakah pengadil memberikan kad merah kepada pemain yang melakukan kesalahan yang berat?
Siapakah yang selalu mengejar bola, tetapi tidak pernah dapat?
Siapakah penyerang terbaik di dunia?
Sekolah apakah yang tiada guru, murid, mahupun kakitangan?

JAWAPAN
- Brazil. Samba a.k.a Sambal... Hahaha...
- Stadium mini la...
- Kalau bagi kad kredit itu bukan main bola namanya.
- Pengadil perlawanan.
- Semua penyerang jahat. Contohnya penyerang berani mati dan sama waktu dengannya. Melainkan dia mempunyai niat yang baik... ;-)
- Sekolah cuti.

~kata-kata untuk hari ini~

Ada dua perkara yang jika Anda Amalkan, Anda akan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat: Menerima sesuatu yang tidak Anda sukai, jika sesuatu itu disukai Allah. Dan membenci sesuatu yang Anda sukai, jika sesuatu itu dibenci oleh Allah.”
(Abu Hazim)

Saturday, May 14, 2011

*¨*•.¸¸❤ TERISTIMEWA BUAT YANG DIUJI PERITNYA CiNTA*¨*•.¸¸❤

║║♫═╦╦╦╔╗

♫╚╣║║║║╔╣MENGAPA HARUS DINANTI SI DIA YG TELAH BERLALU PERGI??

╚═╩═╩♫╩═╝

...☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫

(¯`•.¸ღ Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai,itulah yang sukar diperolehi..

(¯`•.¸ღ Kadangkala,kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari..Seolah2 itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati..kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang.

(¯`•.¸ღ Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang2 boleh merosakkan jiwa kita..membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini..Mana perginya satu azam yang kuat dulu..mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup.

Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita..Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

(¯`•.¸ღ Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki..Namun,sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila2 pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

(¯`•.¸ღ Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi.apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya..Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

(¯`•.¸ღ Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar..Tapi,kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata.menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

(¯`•.¸ღ Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita.membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang.

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata..cinta itu bukan milik kita lagi.cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.sedangkan masa yg berlalu tidak akan menunggu kita..sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata,mambazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

(¯`•.¸ღ Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA..krn hakikatnya JODOH itu bkn ditangan mnusia..Ats kasih syg Allah jua kita bertemu dgnnya dan ats limpahan kasihNya jua kita dipisahkan b'sama HIKMAH yg t'sembunyi.

☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫

Jodoh - Jangan Mencari Terlalu Sempurna

ika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

random tags..sampaikan kebenaran walaupon ianya perit :)

Tuesday, May 3, 2011

~HARGAILAH SEORANG WANITA~

seorang2 lelaki hendaklah menghargai,mnghormati dan menyayangi seorang wanita...
kerna wanita seorang yg sgt2 lembut n sensitif skali..
sekali dye terluka dye akan meninggalkan parut yg sgt mendalam..
emm..

kerna wanita ingin selalu dimengerti...